Saturday, November 6, 2010

TASK 3


TASK 3 : Write a comparison study of one Malay Classic Film and one Modern Malay Film which uses special make up.

Filem genre seram amat sesuai bagi melihat perbezaan dari aspek special make up yang digunakan di dalam sesebuah filem. Saya telah memilih filem Sundel Bolong dan Pontianak Harum Sundal Malam II bagi memperlihatkan perbezaan special make up yang digunakan. Filem seram merupakan filem-filem genre seram yang dicipta untuk mencungkil perasaan seram, jijik atau ketakutan daripada para penonton. Dalam filem seram biasanya semangat-semangat jahat, kejadian ngeri ataupun wataknya sendiri yang bersifat jahat, merupakan beberapa elemen kebiasaan dalam dunianya. Di sini terdapat sedikit penjelasan mengenai kedua-dua buah filem tersebut.

FILEM SUNDEL BOLONG
Sundel Bolong adalah mitos hantu dari nusantara yang umumnya digambarkan sebagai wanita cantik, berambut panjang dan bergaun panjang berwarna putih yang mempunyai lubang di bahagian belakang. Bahagian ini tertutup sedikit dengan rambutnya yang panjang sehingga organ-organ tubuh bahagian perut terlihat. “Sundel Bolong” digunakan bagi menggmabrakan istilah Sundal Bolong, manakala “Sundal” umumnya merujuk kepada wanita jalang atau pelacur. “Bolong” pula berasala dari bahasa Jawa yang membawa maksud berlubang. Ini dapat dilihat melalui badan belakang yang berlubang sehingga ternampak organ-organ tubuh.
Filem ini merupakan sebuah filem seram Indonesia pada tahun 80-an yang dibintangi oleh Suzanna. Dalam mitos nusantara, Hantu Sundel Bolong adalah dari wanita yang mati kerana diperkosa dan kemudian melahirkan anaknya di dalam kubur. Menurut mitos juga, hantu ini suka mencuri bayi yang baru saja dilahirkan. Ia selalu menjelma sebagai wanita yang cantik dan berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.

FILEM PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II
Pontianak Harum Sundal Malam II ialah sebuah filem serama Mlaysia yang telah diarahkan oleh Shuhaimi Baba. Ia diterbitkan oleh Pesona Pictures dan merupakan susulan bagi Pontianak Harum Sundal Malam. Tayangan perdana pada 24 November 2005.
Pelakon utama filem ini ialah Maya Karin dan beliau telah memegamg dua watak dalam filem in iaitu Maria dan Meriam. Kutipan hasil jualan tiket ini ialah sebanyak RM 3.2 juta. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri, Shuhaimi Baba menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam II yang menjadi sambungan cerita Pontianak Harum Sundal Malam.

PERBEZAAN SPECIAL MAKE UP
Perbezaan special make up yang dapat dilihat melalui kedua-dua buah filem ini. Tetapi pada pendapat saya kedua-dua buah produksi ini mampu menghasilkan sebuah filem seram yang mampu memberi impak kepada penonton. Special make up filem Sundel Bolong telah menggunakan beberapa special make up seperti darah dan badan yang berlubang sehingga menggeluarkan cacing. Untuk melaksanakan sesebuah special make up ini amat susah sekiranya tidak mengetahui teknik yang sebetulnya.
Manakala bagi filem Pontianak Harum Sundal Malam II pula, special make up hanya digunakan untuk melihatkan watak tersebut sebagai seorang puntianak. Special make up yang digunakan seperti muka yang kelihatan pucat, kuku dan tangan yang menampakkan seperti watak hantu tersebut. Selain itu mata yang berwarna merah serta terdapat darah dibahagian bawah mata watak tersebut.
Perbezaan bagai kedua-dua buah filem ini dapat dilihat melalui gambar- gamabra seperti berikut. Melalui gambar tersebut lebih mudah untuk kita melihat perbezaan secara jelas.

GAMBAR FILEM SUNDEL BOLONG
  • Hantu ini dipercayai mati kerana melahirkan anak.
  • Berambut panjang separas pinggang dan memakai pakaian serba putih.
  • Selalu menyamar sebagi seorang wanita yang rupawan untuk mengganggu lelaki-lelaki yang jahat.
  • Di bahagian belakang pinggangnya terdapat lubang yang berulat.

GAMBAR FILEM PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II




No comments:

Post a Comment